A S S A L A M U A L A I K U M !
# dengan bangga nye malam ni na share satu soalan . dipersembahkan dengan segala hormatnya .
Anda sedang membawa kereta anda. Seperti biasa, pada masa tersebut anda masih lagi bujang.Oleh itu, kereta anda hanya mempunyai dua tempat duduk sahaja.Biasalah kereta sport.
Waktu tersebut hujan turun dengan lebat dan kilat saling sabung-menyabung. Anda melalui satu perhentian bas di mana di situ anda ternampak tiga orang sedang menunggu bas.Orang tersebut adalah:
1.Seorang perempuan tua yang sedang sakit tenat dan perlu dihantar kepada hospital secepat mungkin.
2.Seorang lelaki tua yang pernah menyelamatkan nyawa anda.
3.Seorang perempuan muda yang merupakan gadis/lelaki impian anda yang selama ini anda tercari-cari.
Apakah anda lakukan? Fikir betul-betul.
5
4
3
2
1
Sebenarnya soalan ini ada digunakan didalam temuduga.
Soalan ini melibatkan etika delima sebenarnya.
Anda memilih perempuan tua kerana perempuan tua itu sakit.
Anda memilih lelaki tua kerana lelaki tersebut pernah menyelamatkan nyawa anda.
Ataupun anda memilih gadis/lelaki idaman anda kerana jarang anda menemuinya.
Untuk kes ini, antara 200 orang yang menghadiri temuduga tersebut ada seorang telah memberi jawapan yang unik. Dia telah berfikir ‘out the box’. Jawapan beliau:
Dia akan memberi kunci keretanya kepada lelaki tua, supaya dia dapat membawa perempuan tua yang sakit ke hospital. Manakala pula dia akan menunggu di situ bersama-sama dengan gadis idaman dia.
Dan orang tersebut berjaya dan mendapat pekerjaan tersebut.”You are hire.”
Jawapan anda tidak sama? Hal ini kerana kita telah meletakkan batasan di dalam minda kita. Kita telah meletakkan bahawa hanya ada satu cara sahaja,iaitu kita hanya boleh memilih seseorang sahaja. Sebenarnya otak kita mampu mencari apa sahaja penyelesaian. Jangan letak limitation di dalam minda anda. Think out the box seperti yang dilakukan orang tersebut.Anda adalah HEBAT sebenarnya.
By : Anwar Ozil Jutawan
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Buatlah part time?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.
Bila kaya jadilah Sulaiman
gagah perkasa raja mulia
hatinya tetap terasa hina
sentiasa tunduk kepada Yang Esa
Bila miskin jadilah Ali
hidup bermaruah tanpa meminta-minta
darjat tinggi khidmat tak terperi
banyak memberi sedikit meminta
Bila cantik seperti Yusuf
jagalah akhlak daripada godaan
wajah yang cantik pastikan luntur
amal baktilah teman di kubur
Bila sakit hidup tercabar
jadilah Ayub nabi yang sabar
kepada Allah hatinya menyerah
akhirnya ceria dilimpah anugerah
Takdirnya hidup yatim piatu
hilang tersayang & juga tercinta
dilanda kesusahan bertali arus
teladanilah Muhammad s.a.w
pembawa cahaya semesta alam
Dengan kurnia..
banyakkan syukur
Dengan bala..
janganlah kufur
Memberi bukan untuk menerima
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Pandanglah ke bawah
agar sedar nikmat yang melimpah
pandanglah ke atas
untuk insafi amal kita yang terbatas
Kadang Tuhan menyempitkan
agar tidak hanyut dalam kesenangan
Kadang Dia melapangkan
agar tidak selalu berada dalam kesempitan
kadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
agar kita tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya..
Kita semua milik Allah
kepada-Nyalah kita kembali
Oleh: Pahrol Mohd Juoi
Dipetik dari: Di Mana DIA Dihatiku