Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman;
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Ummah)
Dalam meniti kehidupan pasti setiap insan itu tidak terlepas daripada menerima kunjungan ujian . Ujian itu datangnya tak di undang . Perginya ia di minta minta . Kerana ujian , manusia jadi kuat , kerana ujian manusia hilang pertimbangan . Kerana ujian juga manusia lupa Allah .
Ujian itu pahit ! Andai kita melihat ianya sebagai satu bebanan .
Ujian itu manis ! Andai hati ikhlas dan sabar dalam menghadapinya .
Ujian itu memang sukar . Ianya datang dalam pelbagai bentuk mahu pun rupa . Apetah lagi dengan visi misi yang berbeza . Jika dilihat dari sudut positif , ianya adalah sesuatu yang indah dan wangi . Tetapi sebenarnya ujian itu bebanan , bala dan musibah kepada mereka mereka yang melihatnya dengan sepasang mata negatif .
Betapa beruntungnya orang sabar.
Bersabar dalam menghadapi musibah. bersyukur ketika mendapatkan kelapangan. redha dengan takdir yang terasa pahit. senantiasa mengingat firman Allah Ta’ala,
Bersabar dalam menghadapi musibah. bersyukur ketika mendapatkan kelapangan. redha dengan takdir yang terasa pahit. senantiasa mengingat firman Allah Ta’ala,
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az Zumar: 10).
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلاَءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ فَمَنْ رَضِىَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
“Sesungguhnya ujian yang berat akan mendapatkan pahala (balasan) yang besar pula. Sesungguhnya Allah jika ia mencintai suatu kaum, pasti Allah akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha, maka Allah pun redha padanya. Barangsiapa yang murka, maka Allah pun murka padanya.” (HR. Tirmidzi no. 2396, hasan shahih)
jangan lupa jaga solat!
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya.” (QS. Al Mu’minun: 1-2)
"Ujian, membawa manusia semakin dekat dengan penciptanya,
Ujian juga menjadikan manusia hilang kepercayaan kepada penciptanya,
Ujian itu tanda semakin sayangnya Allah kepada kita,
Ujian itu "hadiah" Allah kepada hambanya yang di sayangi"
Ujian itu "hadiah" Allah kepada hambanya yang di sayangi"
"Ujian itu tarbiah diri"

